
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga IPG kampus Pulau Pinang. Bersyukur kepada Allah kerana pada kali ini saya telah diizinkan untuk menjadi calon bagi Pilihanraya JPP IPG Kampus PP bagi sesi 2010/2011. Walaupun saya merasakan sekarang bukanlah masa yang terbaik untuk menyertai pilihanraya ini, memandangkan saya masih lagi bergelar 'junior'. Walaubagaimanapun saya amat yaqin sekali, bahawa saya mampu membawa satu perubahan kepada biro ini khasnya dan kepada JPP keseluruhannya insyaAllah. Berikut adalah beberapa butiran mengenai diri saya:-
Nama: Hasbullah bin Mohd @ Mat Isa
Tarikh Lahir: 28 April 1990
Kursus: PPISMP Ambilan Julai 2009
Kumpulan: 2SN3(sains/bm/bi)
Latarbelakang Pendidikan
- Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Tengku Ampuan Afzan Pekan Pahang, 2003-2004. (Ting. 1-Ting. 3)
- Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang, 2005-2006. ( Ting. 4 dan 5)
- Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, 2008-2009.
Latarbelakang Kepimpinan dalam Penerbitan dan Penerangan.
- Menjawat Jawatan sebagai Ketua Unit Grafik, sidang Redaksi Majalah Sekolah (Restu KISAS), 2006.
- Bendahari Sidang Redaksi Majalah Sekolah (Restu KISAS), 2006.
- Exco Penerbitan Masjid Al-Muttaqin, Kolej Matrikulasi Pahang, 2008
- Dinaikkan pangkat ke Pengerusi Masjid Al-Muttaqin, Kolej Matrikulasi Pahang, 2009.
Dua manifesto yang ingin saya laksanakan ialah;-






1.


Memastikan Info IPG sentiasa di hujung jari anda.2. Memartabatkan penerbitan Ilmiah untuk semua.
Saya amat berharap agar 2 manifesto saya ini dapat dilaksanakan dengan jika saudara/ri memilih saya untuk menjadi exco Penerbitan dan Penerangan bagi sesi ini.
Sekian, Terima Kasih.
PILIHAN DI TANGAN ANDA!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan